PETALING JAYA 22 April - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 7 Julai ini perbicaraan kes tuntutan cerai penyanyi, Erema terhadap suaminya yang juga penulis lirik, Seri Bayu.
Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memutuskan demikian selepas dimaklumkan oleh peguam syarie kedua-dua pihak bahawa mereka sudah bersedia untuk memulakan prosiding perbicaraan.
Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan jawapan kepada pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan balas dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh perbicaraan.
Erema atau nama sebenarnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26, selaku plaintif diwakili peguam syarie, Halipah Abdul Manaf manakala defendan, Seri Bayu diwakili peguam syarie, Norafizah Abdul Aziz.
Plaintif dan defendan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini.
Erema memfailkan tuntutan cerai terhadap Seri Bayu atau nama sebenar Jamaluddin Sulik, 44, pada 1 Disember 2008 mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Dalam pada itu, Halipah ketika ditanya pemberita di luar mahkamah sama ada Seri Bayu akan hadir pada perbicaraan nanti, katanya, perkara tersebut bergantung kepada defendan.
Ujarnya, perbicaraan akan dimulakan dengan keterangan daripada Erema.
Seri Bayu yang kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap penyakit saraf motoneuron bernikah dengan Erema, yang berasal dari Kuching, Sarawak pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur.
Ia perkahwinan kedua buat Seri Bayu selepas bercerai dengan isteri pertamanya pada 2002. Hasil perkahwinan pertama, Seri Bayu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhamad Akmal, 13, Muhamad Aiman, 12, Muhamad Aizam , 9, Ally Farjana, 7, dan Muhamad Adham, 5.
Memetik laporan akhbar, Erema menyatakan dia nekad bercerai dengan Seri Bayu kerana tiada persefahaman dan sudah tidak ada lagi perasaan kasih sayang terhadap suaminya itu.
Apa pendapat korang?
5 comments:
ah...dlu sanggup sehidup semati.. smpi masuk nona la, majalah3 la..
April 22, 2009 at 9:56 PMtp skarang ape jd??
ckp x srupa bikin...
itula manusia... bile senang die dtg, bile susah, die pergi...
susah nak mencari yang btl2 nal sehidup semati nehh.. mesti ada problm memamne nanti...
April 22, 2009 at 9:59 PMtp at least btimbang rase la..
April 22, 2009 at 10:11 PMsi laki tgh menahan kesakitan, ditambah pulak dgn kes penceraian si si isteri...
ingat x lg susah hati ke, btmbh la sakit die!!!
sakit lain yang di deritai sakit lain plak yang datang.. memang kesian.. tapi.. ntah la susah kadang2 nak cakap.. hati orang ni kita bukannye nampak..
April 22, 2009 at 10:30 PMsusah nak komen bab hal rumah tangga orang....
April 23, 2009 at 1:36 AMaku NO KOMEN bai....
♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣
Post a Comment