Aktiviti ‘merempit’ dalam kalangan anak muda di sekitar ibu kota sering menimbulkan pelbagai masalah kepada semua pihak termasuk pemandu kenderaan lain.Petikkan Utusan Malaysia Online 20April 2009
Mereka ini yang dikenali sebagai mat rempit sering bergerak secara berkumpulan dengan menunggang motosikal di sekitar ibu kota sebagai memenuhi aktiviti malam minggu.
Bahkan, mat rempit itu juga tidak langsung mementingkan keselamatan diri sendiri kerana memecut laju untuk berlumba di persimpangan lampu isyarat walaupun ia masih lagi berwarna merah.
Apa yang pasti, aktiviti ‘merempit’ anak-anak muda terutamanya Melayu di sekitar Kuala Lumpur semakin bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.
Jika tidak ada aktiviti ‘raja jalanan’ pada setiap malam minggu, mat rempit ini sering mengambil kesempatan untuk melepak di sekitar ibu kota sebagai salah satu aktiviti larut malam mereka.
Tidak seperti sebahagian anak-anak muda lain yang mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti berfaedah, sebaliknya mereka terbabit menghabiskan masa sehingga ke pagi dengan hanya melepak.
Bukan berdua atau bertiga, sebaliknya mereka berkumpul dengan motosikal masing-masing menghabiskan masa berborak.
Malah, ada antara mereka dilihat bersama dengan pasangan masing-masing.
Sampai bila keadaan ini akan berlaku?
Apakah masalah remaja zaman sekarang? aku pun remaja, aku pon naik motor. Memang tak dinafikan menunggang dengan laju menyeronokkan. :) tetapi biarlah kene dengan tempat dan masa. Takkan la naik aje motor nak laju, aku pon bawak motor laju la jugak, tapi bila da naik highway la, reason aku bawak laju? sebab xmo dok belakang lori² & juga lori² yang membawak lembu pendek. Tak tahan aku nak menghidu bau asap & bau TrooOOotTTTtoooT(censored).
Menunggang beramai2 ni memang membahayakan, tapi ada sesetengah remaja menyatakan seronok! apa yang seronok? pernah sekali terperangkap dalam group geng2 motor ni, rase cam tak tentu arah aje die orang ni. yang kiri pergi kanan. tak bagi signal, yang kanan pergi kiri. yang tengah pulak kiri kanan cam orang mabuk. xde yang best pon.... kalo jatuh kompom kene lenyek dengan yang belakang.. Betul!!!! kalo nak exciden, exciden jugak tapi kita kena la jugak beringat. exciden kalo tak menyusahkan mak bapak xpe. tapi kalo menyusahkan mak bapak macam mane? korang sanggup ke tengok die orang menangis tgk korang yang patah18? nak mandi kan korang, nak wat itu ini pe sume? kalo korang patah boleh mandi urus diri sendiri tak pe,.. silakan.. cukup la masa kecik da menyusahkan mak bapak, nak jaga korang malam², buat susu, tukar lampin(skang ni pampers).. nak halau nyamuk pe sume.. cukup la dulu korang menyusahkan die orang,.. skang ni jaga die orang..... renung² kan lah...
1 comments:
bwk moto tu ok... tp jgn la sampai mbhayakan nyawa...
April 21, 2009 at 6:47 AMPost a Comment