KeTeNanGaN YaNg SeDaNg Ku CaRi

Kumencari ketenangan di sini,.. menenangkan hati dan jiwa ku yang kadang2 memberontak kerinduan.. rindu pada insan yang kusayangi.......

Dari FS Seorang Budak

Tentang Satu Kisah

ade satu cite..

ad ar s0rg gurl ni..

nak kate c0mel xder ar sgt..tp b0leh la ckup2 mkn kate 0rg..

satu ari tu ad s0rg b0y ni,syg bgt kat gurl ni..tp boy ni xder ar ns0m..

gem0k,tp penyayang..ape yg gurl ni nak mst b0y tu dptkan..

bg duwet la n mcm2 laa..kire mmg b0y tu t0l2 syg gile ar kat gurl ni..

tp x pd gurl ni..trime b0y tu p0n psl simpati je,pastu dgr ckp 0rg..

pdhal gurl 2 ckup bertuah c0z dpt b0y sebaik tu..

sygnye gurl tu xpenah hargai ape yg die ade..

krn pd satu mase tu gurl ni jmp ngan an0ther b0y n gurl ni curang..

boy tu di tinggalkan..puas b0y 2 merayu n meraih simpati gurl ni..

tp xpenah di hiraukan,betape kejam nye gurl ni..sian kat b0y tu..

hidup boy tu musnah..tp,setiap perbuatn tu ade balasannye..

gurl ni plak di lukai,disakiti oleh org yg paling die syg..

bkn sekali,tp berkali2..baru la tau ape rsnye dilukai..

tp ape yg die rs lebih perit lg dr ape yg b0y dlu tu rasai..

krn die hanye trus dilukai..xpenah di hargai..

padan la ngan muke gurl ni,baru die tau kan..?

tu la cite die..m0ral value dr cite ni ialah:

->jgn lukai sese0rg kal0 xnak kte di lukai..=)

hoh0h0…=D


Aku dapat dari sebuah Laman FS,..
Luahan hati seorang gadis yang menyesali dengan perbuatan nya yang Lepas.. Mungkin ini balasan daripada apa yang pernah di lakukan kepada orang yang benar2 ikhlas menyayangi dan mencitai dia..

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri.

Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india.


Di mana salahnya.... ....

Kita ikuti perbualan antara seorang bomoh melayu yang mengubati gadis melayu yang terasuk itu dan syaitan yang mengganggu.
Kes histeria di sebuah sekolah kat Bandar Seri Begawan.

Misteri di Asrama Puteri terjawab !


Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar-legar di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.


Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir-hampir pengsan dibuatnya. Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu.

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu.
Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

Bomoh : "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah ? Jawab !!! Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam".


Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab.


Ketua Jin : "Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat" "Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik. Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

(lagu Jamal Abdillah / Mawi).


""Aduhai... muahahaha... ""

Pagi tadi aku tgk tv segmen Nasi Lemak Kopi-O yang di acarakan oleh Mek Kelate & Aziz Desa. Topik yang aku tertarik pagi tadi ada kene mengena dengan internet. Terdengar beberapa pemanggil pagi tadi menyatakan rasa tidak puas hati apabila anak-anak mereka terdedah kepada internet. Mereka takut anak-anak mereka masuk ke laman-laman web yang tidak sepatutnye..
Tetapi cuba kita renung²kan sejenak.. Internet tu jika di pandang kepada keburukkan, memang la kita akan nampak yang buruk saje, tetapi cuba di pandang ke arah kebaikkan pulak..

Sekarang ni zaman IT, nak apply kemasukkan kerja belajar dan sebagainya semuanya menggunakan internet. Jika anak² dari sekarang tidak di asuh atau di ajar mengenal internet, cuba bayangkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang? Pada pendapat aku la kan, ibu bapa yang celik IT tidak akan berkata sedemikian rupa.. Tak salah di biarkan anak2 melayari internet. tetapi jenguk2 la sekali sekala.. kalau nak kata internet itu merosakkan. Kenapa DVD / CD player tidak di persalahkan? Mereka boleh mendapatkan dvd or vcd ehem2 dari sesape untuk di pinjam..

renung² kan la.. aku hanya memberi pendapat... :D

Mak Cakap...

Mak Cakap Don Talk To Stranger...
Tapi Mak Stranger tu apa Mak?Power Renggers ke Mak?
MakCakap Stranger tu orang yang tak di kenali
tapi Mak cakap ngan pakcik teksi tue xpe plak..
itu xpe sebab Mak nak tumpang teksi die
Tapi Mak bayar tu kenape?e2 bukan tumpang Mak
Mak bagi dwet minyak untuk pakcik tue jea sayang

Mak Cakap Don Talk To Stranger...
tapi mak semalam masa pergi Tesco Mak cakap ngan akak comel tue xpe
(senah, adakah engkau akak comel yang di maksudkan?)
itu xpe, sebab Mak nak beli barang dengan die..

Mak Cakap Don Talk To Stranger...
Tapi Mak arie tu Mak cakap dengan apek jual eskrem tu xpe
itu xpe sebab Mak nak beli eskrem untuk kamu nak

Mak Cakap Don Talk To Stranger...
Tapi Mak ari tu ada budak tanye jalan dengan Mak, Mak cakap dengan die xpe pulak.
Itu xpe sebab Mak nak tolong die, die sesat jalan nak..

Mak Cakap Don Talk To Stranger...
Tapi Mak dulu kita pergi balai polis wat report ragut, Mak cakap ngan pakcik sarjan tu xpe plak..
itu xpe sebab Mak nak cerita apa yang terjadi..

Tapi.. ada seorang abg datang tanye dengan aku, uma tok penghulu kat mane...
aku cakap kat sane,...
boleh tunjuk dekat abg x dik? meh naik kereta dengan abg..
bila aku naik.......
ada orang tutup hidung aku...
kemudian aku tak sedar da apa yang berlaku...

dan apabila aku sedar....
aku berada di negeri cina..
aku di jadikan pengemis..
Mak Cakap Don Talk To Stranger...
tapi aku nak tolong macam mak tolong orang
dan sekarang ni aku tidak bercakap dengan sesiapa pun...
aku rindukan Mak..
aku sayangkan Mak
Mak maafkan adik sebab bercakap dengan orang yang tidak di kenali
adik janji
lepas ni adik takkan buat lagi
adik nak balik
adik rindu masakkan Mak
adik nak makan asam gulai tempoyak
adik nak tolong mak kat dapor masak gulai tempoyak
Mak mari la datang amik adik
adik nak balik..
adik rindu...
tolong arr Mak..
adik janji
takkan bercakap dengan orang yang tak di kenali..

p/s: actually budak ni bukan berada di negeri cina. Tetapi berada di petaling street sahaja. mungkin kawasan yang dia lepak tu ramai yang cakap cina, dats y la die ingat die kat negeri cine...
Pesanan ini di taja oleh Cik Sennah Putrajaya
(aku promote jea senah)
turut di bantu oleh The Sya
(Promote Jugak Neh)

Topik pasal anak, tapi aku tak kawen lagi, so aku xde anak.. anak mata anak tekak ada la..

cube korang pikir la kan.. meh pikir sesame aku..
masa kecik2 dulu camne mak korang jaga korang?
macam mana mak korang belai korang..
tapi skang ni, bile korang da besar ape korang lakukan?
korang jaga tak mak korang?
korang belai tak mak korang?
apa balasan korang pada mak bapak korang?

pernah satu ketika bapak aku menyuarakan
nanti bila aku da tue, agak2nye aku ni dok umah orang2 tue tak?
terkedu aku time tu, time tu dok kat ruang tamu..
aku bg respon, jawab balik arr
umah orang² tue? mak ngan ayah da kene blacklist so xleh g sane!!
susah macam mana aku sekali pun,
aku xkan daftar mak bapak aku ke sane!!!
adik² aku xmo jaga?selagi aku ada aku jaga..

kalau selama ni mereka menyara makan minum aku dari kecik,
takkan la aku xdapat menampung hanya mereka berdua?
walaupun bapak aku tegas..
tapi bila da makin besa ni baru taw kenapa die cam2..
:D
sebab aku ni baik..
nak aku jadi baik.. kene rotan tu da biasa laa
panjat lagi tangki air..
kene kejo da biasa..
kene babap? pon da biasa..
masuk paya tangkap anak ikan,
bawak balik umah
anak2 ikan tu akan bapak ku ajar macam mane nak terbang..
sedih beb time tu..
tapi ye la,..
salah aku jugak masuk paya xingat nak balik uma..
balik2 comel jea corak baju dan kulit aku..
skang aku paham nape die marah akumasuk paya..
bukan sebab time tu breeze xkuarkan produk baru
tetapi
tapi aku kene penyakit..
yang memudaratkan kesihatan
kot2 kene kaca ke
paku ke..
mak bapak mane la nak tgk anak mereka menderita..
sedangkan nyamuk geget,
di kejonye nyamuk sampai dapat
pastu siap potpet sensorang lagi
brani ko isap darah anak aku!! amik ko rasakan...
lenyek nyamuk tue beb..
nanti kalo die orang da tue
ko bg x nyamuk geget die orang?
korang akan jaga x die orang macam die orang jaga korang?

Nasib Badan..

PETALING JAYA 22 April - Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 7 Julai ini perbicaraan kes tuntutan cerai penyanyi, Erema terhadap suaminya yang juga penulis lirik, Seri Bayu.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad memutuskan demikian selepas dimaklumkan oleh peguam syarie kedua-dua pihak bahawa mereka sudah bersedia untuk memulakan prosiding perbicaraan.

Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan jawapan kepada pembelaan dan pembelaan kepada tuntutan balas dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh perbicaraan.

Erema atau nama sebenarnya, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26, selaku plaintif diwakili peguam syarie, Halipah Abdul Manaf manakala defendan, Seri Bayu diwakili peguam syarie, Norafizah Abdul Aziz.

Plaintif dan defendan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Erema memfailkan tuntutan cerai terhadap Seri Bayu atau nama sebenar Jamaluddin Sulik, 44, pada 1 Disember 2008 mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Dalam pada itu, Halipah ketika ditanya pemberita di luar mahkamah sama ada Seri Bayu akan hadir pada perbicaraan nanti, katanya, perkara tersebut bergantung kepada defendan.

Ujarnya, perbicaraan akan dimulakan dengan keterangan daripada Erema.

Seri Bayu yang kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap penyakit saraf motoneuron bernikah dengan Erema, yang berasal dari Kuching, Sarawak pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur.

Ia perkahwinan kedua buat Seri Bayu selepas bercerai dengan isteri pertamanya pada 2002. Hasil perkahwinan pertama, Seri Bayu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhamad Akmal, 13, Muhamad Aiman, 12, Muhamad Aizam , 9, Ally Farjana, 7, dan Muhamad Adham, 5.

Memetik laporan akhbar, Erema menyatakan dia nekad bercerai dengan Seri Bayu kerana tiada persefahaman dan sudah tidak ada lagi perasaan kasih sayang terhadap suaminya itu.



Apa pendapat korang?

Macam best jea tajuk cerita.. Haha
Meh sini nak bagi komen2 sket..
kenapa sesetengah orang bile dengar jea topik ni..
die orang rase cam kumpulan gegel.. :)

Pendapat aku yang no 1

Lelaki : sebab die orang ni belum bersedia..(eRm bukan pompuan ke yang belum bersedia?)
>Laki pon ada perancangan jugak beb, xkan arr kawen ngan ko nak bagi ko dok dalam umah kecik,
>die tu sayangkan ko beb, da arr size ko besa beb, umah kecik mesti ko lemas, then tiap2 hari mesti nak balik uma mak kan?sebab uma mak ko besar...
>die mesti nak carik kete untuk kenderaan ko beb, ye la kalo nek moto kecik nanti tayar pancit camne? die kesian tengok ko kene jalan tepi highway pegang helmet. sambil aku tolak motor.
>beb, aku xkesah bodi ko besa beb, lantak arr orang nak cakap pepe. janji hati ko mulia beb..

pompuan : gegel sebab takut... takut di jodohkan dengan orang yang x di kenali cam sepupu sepapat yang xmesra alam gitu..
>takut bakal laki neh xbertanggung jawab. xleh nak jaga bini bila da kawen
>takut laki ni xhensem cam orang han issac(betul ke nama yang aku eja neh)

Pendapat aku yang no 2
Lelaki : takut pompuan ni quen control cam kete remote control..

pompuan: takut laki neh garang cam singe lapo

pendapat aku yang no 3 plak
umum : maybe die orang ni ada pasangan memasing, tapi lom sempat tunjuk kat mak bapak, mak bapak da cari calon.. mesti jenuh nak mencari jalan kan?

tapi kalo korang da ada calon,.. slow n steady la perkenalkan kepada famly.. jgn la sorok dalam beg dwet jea.. bile die orang taw ok arr sket kot.. xde la die orang risau..

tapikan pakcik aku skang ni pon lom ada tanda2 nak kawen.. camne nie ekss.. ada sesape yang nak mencari calon? sila2 la hubungi aku.. hahaaha

Dok sensorang melayan perasaan neh kan. Mule la otak ni wat hal.. terkenang kesah2 lama.. teringat macam mane aku kokak mak aku masa memule masuk tadika...


mak,along mintak maaf
along tak sengaje,..
along malu budak tu..
budak tu sengih kat along..
mak kan taw anak mak ni..
pemalu orang nye hehe :)
mak,
bukan niat along nak ponteng kelas tadika
tapi ustazah tu lambat sangat
die tipu along
die cakap kejap lagi boleh balik
tapi 10x tanye 10x die cakap kejap lagi
jadi along balik arr ngan budak sebelah
kite orang beli kad daun kat kedai aci blakang umah
elok keluar lorong
along nampak mak!!
mak xmarahkan?
mak soh along pergi balik masuk kelas
along takut
takut ustazah marah...
mak marah along takut gak...
tapi..
mak xmarahkan?
mak, along sayangkan mak taw..
mak ingat lagi tak dulu?
along nak beli buku komputer,
mase memule g tengok kat kedai apek tu die letak harga murah
2 minggu along kumpul dwet mak..
along mintak izin dengan mak,
mak tanye ada dwet ke x?
along senyum jea..
along cakap ada simpan.. :D
tapi mak..
apek tu naikkan harga la makk
along balik tangan kosong..
mak tanye mane buku,
along cakap minggu depan baru boleh beli,
apek tu naikkan harga
brape hengget x cukup mak tanye
5 hengget lagi,.. xpe mak
minggu depan along beli la buku tue..
mak hulur 5 hengget yang x cukup..
tapi aku taw tu dwet mak nak gune untuk benda lain
mak soh g beli, mak cakap nanti ada orang beli
xsempat plak buku tu nanti..
time kasih mak
(yannie ko bg aku layan lagu jamal!! sedey bile dok mengarang neh)
mak ingat lagi tak?time ayah g kursus dulu?
dwet xcukup nak beli lauk?
mak ingat x?
tentu mak ingatkan?
mak ingat lagi xdwet 5 hengget yang mak tambah tu?
along gunekan ilmu dari buku tu mak..
repair komputer member,..
dapat rm50 along bg mak soh beli lauk...
along xreti beli lauk :)
beli sayur reti laa..
hehe
mak ingat x mase mak kene kencing manis dulu?
mak kene tahan spital..
along kije kat ipoh time tu..
mak ingat kan?
ayah time tu kursus kan mak
along mintak cuti bos xbagi mak
benggong punye bos kan mak?
ada ke patut orang sakit die nak soh apply cuti 1 minggu
along lawan balik mak
mak taw along cakap pe?
along cakap saya xkire saya nak balik jugak!!!
ini emegency leave!!
along balik sminggu jaga mak sampai ayah balik
pastu..
mak taw x?bos tu tendang along ke department lain
tapi xpe mak.. rezeki ada di mana2 kan mak?
along sayang mak.. along rindu masakkan mak..
next week along balik mak
mak masak sedap2 yek!!! :D

Bile teringat cite neh nak tergelak aku!! time tu ngan famly ehem² nak g jenjalan ke kota bharu,..
so cam biasa aku la yang drive... Tgh2 syok menyembang dalam kete,.. tibe2 ada la road block... aku pon wat la selambe je la.. konon2 nak control.. pak cik polis tu muke die garang cam bapak aku la jugak.. aku pon slow jea la.. tapi yang wat aku kantoi tu sebab aku x bukak tingkap.. hahaha aku pon mase tu 1st time drive untuk perjalanan yang memakan masa.. so blur2 la sket.. biasa drive bapak aku yang dok kat sblah.. tapi kali ni bapak dia yang dok sebelah.. aku pon slow je la lalu.. ingat x kene tahan.. tibe2 pak cik tu tiup wisel.. aduss masalah2.. aku pon park la kete kat tepi then g la dekat pak cik polis tu.. bermula la dialog sengal aku

Pakcik Polis:eRm.. nak pergi mane neh!!
aku:nak pergi kota bharu cik.(dalam ati da gabra da neh)
Pakcik Polis:kenape tak berhenti tadi?
Aku:(adoiiii)eRm tadi ingat tahan kete sebelah sane aje.(reason aku jawab gitu sebab sblah jalan je yang ada ramai polis.. then yang ramai kene tahan... belah yang aku lalu kosong aje)
Pakcik Polis:Ni tak nampak ke neh?(sambil menunjukkan Sign Board Berhenti Pemeriksaan Polis)
Aku:Nampak cik!
Pakcik Polis:Abih tu kenape xberhenti?
Aku:(wat sengih)maaf la cik,.. xsgaje.. lagi pun salah paham.. Saya tgk sblh sane je yang ramai kene tahan saya gerak je la cam bese..
Pakcik Polis:Ni kalo cek lesen ni belum tentu ada neh!!
Aku:(alamak!! mampos kalo die nak cek lesen) ada cik!! tapi xsiap lagi sebab baru masuk kelas,Tadi drive sebab pak cik saya tak larat baru jea tukar driver.
Pakcik Polis:Kita bawak kete atas jalan raya kene ikut peraturan!! kapal terbang yang terbang tinggi kat langit pon ada peraturan, ada undang².
Aku:maaf cik
Pakcik Polis:kamu bawak kereta sebagai seorang pemandu, kene amik berat.kene allert. da la bawak famly.. perjalan jauh lagi.Kalo undang² xikut apa² jadi nanti susah, semua orang susah..
Aku:(wat muke sposen)maaf cik,.. len kali x buat da..
Pakcik Polis: Dah!! bawak kete elok²
Aku:Terima Kasih cik


naseb baik xkene cek lesen. kalo cek kompom kantoi punye aku!!!


pusing2 dalam youtube jumpe.. untuk hilang penat bole arr layan..

KeLaS HaRu Biru!!


Siapakah gerangan lelaki ini? ini la model kelas kot.. pujaan gurl² di dalam kelas. hahaha daud ko jangan marah aku yekk haha.. da abis belajar ni macam2 cerita aku dgr,.. yang scandal dalam diam pon ada jugak.. tup tup dgr cite mamat ni kawen ngan minah kelas.. terkejut jugak wehh.. memang x di sangka2.. tapi ye la orang kate jodoh tu memang xkemanenye..







yang ni pulak memang aktiviti normal di dalam kelas apabila ada kekosongan.. aku rase korang² pon sama la jugak kan? budak ni nama glamour die jabbal.. die orang ada geng² sdirik.. bile masuk geng die orang memang best.. sempoi.. skang ni xtaw kat mane mamat ni bertapak da..










ini pulak? ini budak nogori.. yang sorang da sarat, yang sorat lagi next month kawen.. yang sorang ni dulu scandal aku hahaha yeke ina kite scandal? kite kawan je kan? pelik aku maybe sebab close sangat as friends hubungan kami di salah ertikan oleh kawan².. yang wat aku paling terkejut bukan pe, penah jumpe lect kelas. ye la da dok ipoh aku datang la melawat lect² kelas. then lect berbisik dengan aku, awak dengan budak tu macam mane? bile lagi?da abih belajar kan?kije pon da ada.. hehe aku tanye sape puan? ala scandal awak dalam kelas tu laa.. eh eh puan mane puan dengar crite neh? sape scandal saya puan? eh eh kite tanye die die tanye kite balik tu la chaiyok awak tu.. terkedu aku.. siapakah yang menyampaikan cerita ini? hehe puan, andai kata puan jumpe blog saya ni, saya ngan chaiyok a.k.a ina tu kawan biasa je puan.. kite orang selesa berkawan.. tu aje.. skang ni ina da nak kawen.. bulan 5 ni.. :D angah plah da tunggu masa nak meletop!!! hehe






Ini pulak gmbar antara² best student kelas aku.. yang bercermin mata tu nama die nik noor asma.. hehe ada nik ke cik ma? yang sorang lagi tu zikrina.. penjam mata sebab silau ngan flash.. hehe zikrina pon dengar crite bulan ni kot nak kawen.. alahaii da ramai menamatkan zaman bujang ni.. aku bile lagi yek? xpe kumpul pepe yang patut dulu.. nanti xde la pening sangat kepala.. tol x





?

ini adalah aktiviti biasa di dalam kelas.. menghilangkan stress semasa belajar.. kalo xpercaya boleh la anda mencubanya di dalam kelass hehe


Hahaha kalo boleh nak aje aku masuk balik kelas. belajar balik betul2.. tapi apakan daya benda tu semua xmungkin akan berlaku balik... tol x? dulu men² xmo blajo betul2.. result ngam2 jekk.. padan muke!!

Kepada anda² yang muke nye ada dalam gmbr di sebelah, aku rindu kan korang.. alamat² korang yang dulu aku cakap nak bagi aku da terhilang.. maafkan aku kawan² :(





Haa.. yang buat peace ni nama die cik farahdayana kot.. farah kalo aku salah eja ko jgn marah yekk.. budak jenis happy2 go lucky la jugak di katakan.. ada skandal ngan someone.. yeke farah?tol x? sila buat penjelasan anda di bahagian komen. da lama aku x kontek ko yek.. mesti ko sibuk kkan?aku pon lebih kurang ko jugak sibuk mencari masa depan.. hehe









Yang ni reramai bergambar di tempat larangan hahaha.. tempat ni kalo ikutkan xleh naik, khas untuk VIP aje. tapi aku kenal ngan sorang brader audio, mintak kebenaran nak berposing kat atas ni, die bagi green light so bersakan la kite orang.. tapi yang sedihnye xsemua budak kelas ada time ni.. nak wat camne kan.. yang ada ni pon sebab ada kat bawah di lambai2 untuk berposing.. tu tgk ada yang lambat masuk. kite org tahan dulu..


Aktiviti ‘merempit’ dalam kalangan anak muda di sekitar ibu kota sering menimbulkan pelbagai masalah kepada semua pihak termasuk pemandu kenderaan lain.

Mereka ini yang dikenali sebagai mat rempit sering bergerak secara berkumpulan dengan menunggang motosikal di sekitar ibu kota sebagai memenuhi aktiviti malam minggu.

Bahkan, mat rempit itu juga tidak langsung mementingkan keselamatan diri sendiri kerana memecut laju untuk berlumba di persimpangan lampu isyarat walaupun ia masih lagi berwarna merah.

Apa yang pasti, aktiviti ‘merempit’ anak-anak muda terutamanya Melayu di sekitar Kuala Lumpur semakin bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

Jika tidak ada aktiviti ‘raja jalanan’ pada setiap malam minggu, mat rempit ini sering mengambil kesempatan untuk melepak di sekitar ibu kota sebagai salah satu aktiviti larut malam mereka.

Tidak seperti sebahagian anak-anak muda lain yang mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti berfaedah, sebaliknya mereka terbabit menghabiskan masa sehingga ke pagi dengan hanya melepak.

Bukan berdua atau bertiga, sebaliknya mereka berkumpul dengan motosikal masing-masing menghabiskan masa berborak.

Malah, ada antara mereka dilihat bersama dengan pasangan masing-masing.

Sampai bila keadaan ini akan berlaku?
Petikkan Utusan Malaysia Online 20April 2009

Apakah masalah remaja zaman sekarang? aku pun remaja, aku pon naik motor. Memang tak dinafikan menunggang dengan laju menyeronokkan. :) tetapi biarlah kene dengan tempat dan masa. Takkan la naik aje motor nak laju, aku pon bawak motor laju la jugak, tapi bila da naik highway la, reason aku bawak laju? sebab xmo dok belakang lori² & juga lori² yang membawak lembu pendek. Tak tahan aku nak menghidu bau asap & bau TrooOOotTTTtoooT(censored).

Menunggang beramai2 ni memang membahayakan, tapi ada sesetengah remaja menyatakan seronok! apa yang seronok? pernah sekali terperangkap dalam group geng2 motor ni, rase cam tak tentu arah aje die orang ni. yang kiri pergi kanan. tak bagi signal, yang kanan pergi kiri. yang tengah pulak kiri kanan cam orang mabuk. xde yang best pon.... kalo jatuh kompom kene lenyek dengan yang belakang.. Betul!!!! kalo nak exciden, exciden jugak tapi kita kena la jugak beringat. exciden kalo tak menyusahkan mak bapak xpe. tapi kalo menyusahkan mak bapak macam mane? korang sanggup ke tengok die orang menangis tgk korang yang patah18? nak mandi kan korang, nak wat itu ini pe sume? kalo korang patah boleh mandi urus diri sendiri tak pe,.. silakan.. cukup la masa kecik da menyusahkan mak bapak, nak jaga korang malam², buat susu, tukar lampin(skang ni pampers).. nak halau nyamuk pe sume.. cukup la dulu korang menyusahkan die orang,.. skang ni jaga die orang..... renung² kan lah...

Sudikah Awak Menerima Saya Sebagai .....


Sudikah awak menerima saya? tapi sebelum awak menerima saya, saya nak bagi taw awak sesuatu tentang diri saya yang selama ini saya sembunyikan dari awak.. Saya tau awak benar² menyayangi saya. saya taw awak ikhlas mencintai saya.... tapi awak,.. saya bukan lah seorang gadis yang suci.. saya pernah terlanjur dengan kekasih lama saya... maafkan saya awak kerana tidak menyatakan perkara ini di awal perhubungan kita, Saya takut,.... selama ini ramai yang cuba mengambil kesempatan keatas diri saya apabila mereka mengetahui kisah silam saya...

sekarang ni saya terima apa jua keputusan dari awak. saya redha, mungkin ini balasan dari Allah s.w.t kepada saya....

Jikalau anda adalah Pakwe kepada awek tersebut apakah yang anda akan lakukan?apa kah tindakkan anda? Maybe ada sesetengah beranggapan ko kotor, ko hina.. ko tak layak jadi bini aku!!! dan mungkin ada sesetengah berpendapat, benda da lepas, yang sudah tu sudah la. janji awak tak akan ulangi lagi benda-benda ni lagi.. saya terima awak seadanya.. yang penting awak sedar kesalahan awak..

Tapi...

Tapi apa lagi sayang?

Saya ada seorang anak, anak tu kekasih lama saya yang menjaganya.. muke die sebijik macam kekasih saya..

eRm, boleh saya tanya awak?kenapa awak tak kawen dengan kekasih lama awak tu?

keluarga saya tidak mahu menerima dia sebagai menantu. Tapi keluarga saya tidak tahu yang kami mempunyai seorang anak. Semasa saya mengandung, saya duduk dengan makciknya di Johor, sehinggalah saya selamat melahirkan anak. Segala urusan dan perbelanjaan saya dia yang uruskan. Dia ada mengajak saya kawin di seberang, tapi saya takut. kat sane kan berperang, kang tengah² dia melafazkan akad nikah tak pepasal pulak terkena peluru sesat. Nanti sape yang nak menjaga anak saya? :P selepas saya habis berpantang baru la saya pulang ke kampung.

So keluarga awak takde cakap ape² ke?

Memule tu die orang marah jugak pada saya. Die orang cakap saya ni tak kenang budi dan macam² lagi lah.. kemudian saya bawak diri ke umah mak sedare saya. Pada malam tu bapak datang menjemput saya untuk pulang kerumah.

awak tak rindu ke dengan anak awak?pernah tak awak tengok anak awak?

Rindu.. tapi saya tak sanggup untuk bersedih lagi... cukup lah dengan apa yang saya tempuhi ini. Saya tahu dia menjaga anak tu dengan baik, pernah suatu ketika saya nampak die kuar dengan anak tu.

Awakpergi dekat x?

ishh!! awak ni tak sabar² lah!! orang nak cite ni dengar la dulu kang kalo ada miss cite, nanti awak salah paham. saya cuba nak mendekati mereka, tapi masa dekat dengan tangga saya jatuh.... :(

alahai siannye.. hehe pastu die perasan x?

tak pon, mat bangla yang mop lantai datang tolong saya. Saya jatuh sebab terkejut tengok ada seorang perempuan bersama² mereka....

oWh.. die da kawen ke?

tak....

kalo xkawen mungkin tu adik or sedare die..

maybe.. tapi maybe tu jugak kekasih die kan? tak ape la awak.. benda da lepas. cuma saya harapkan awak dapat menerima saya, walaupun awak tau apa status saya... dan saya juga harap andai kata perempuan tu adalah kekasih or bakal isteri die, harap2 die akan menjaga anak tu macam anak die sendiri..

iyelah sayang.. so nanti bile majlis perkahwinan kite nanti, saya nak awak ajak die datang bawak baby tu sekali.. boleh?

eRm tapi bukan di sebelah famly saya. Sebab famly saya semuanya kenal dengan die..

Ok..

Terima kasih awak... saya tak akan sia² kan peluang yang awak bagi pada saya. dan saya harap walau apa pun terjadi selepas ini jangan la sesekali awak mengungkit kisah silam saya..

Yea.. saya takkan wat camtu nye..




eRm so kalo korang plak macam mane?


Awak terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai teman hidup awak. Terima kasih sangat² awak. Saya taw awak da dengar macam² cerita tentang saya dari orang lain kan?

Awak ingat lagi tak masa awak mule² masuk production line dulu? Saya selalu tengok awak dari jauh. Time tu kan saya mintak sangat² agar awak akan jaga machine baru kat department tu. Sebab machine baru tu saya yang incharge.. Bila awak jaga situ boleh arr saya kenal awak dengan lebih dekat. :P

Tapikan sayang sekali awak hanya dok di area depan area saya.. tapi xmengapa la, sekurang² nye awak masih lagi dalam padangan mata saya.


saya xtahu awak ni pemalu orangnye, saya tengok awak jarang menyembang dengan operator² lain, 10 patah die orang tanye sepatah je awak jawab. Saya pon terkena cam2 jugak dengan awak. Pelik.... eRm, kawan rapat awak tu jaga machine saya, so ada la peluang untuk saya mengenali awak secara dendiam.. :D kawan awak tu sporting jugak eks. Time kasih kawan awak sebab banyak membantu saya dalam mengenali diri awak dengan lebih dekat.

ooOOOoo Awak ni anak perempuan tunggal yea,.. tapi kan awak dalam banyak2 benda yang saya nak taw tentang diri awak adalah..... awak da berpunya ke? kalau da berpunya x ape la, saya xnak lebih². kawan awak tanye kenapa kalo awak da berpunya saya xnak try tackle, nak taw kenapa? meh sini saya nak bagi taw awak!! awak rase camne perasaan seseorang itu apabila insan or harta die di rampas orang? tentu sakit hatikan? orang kata pengalaman tu adalah cikgu yang paling baik.. kenapa? sebab dari pengalaman kita taw apa erti sesuatu... Yela kenapa saya cakap saya xmo kaco awak bile awak da berpunye, sebab dulu saya ada seorang insan yang saya sayang sangat².. tapikan awak, insan yang saya sayang tu di rampas orang, ayat yang si perampas tu bagi dekat insan yang saya sayang awak taw ape? ala.. sedangkan yang da kawen pon boleh cerai ikut orang lain, ni baru couple. Bila di kenang kembalikan awak... sakit hati ini, tapi ye la. ada hikmah di sebalik kejadian...

Tentu awak perasan kan kenapa saya mudah sangat redha dengan apa yang terjadi, selalu sangat pk ada hikmah.. eRm kalau awak nak taw.. pengalaman la yang mengajar saya erti semua tu... dulu saya memang xleh terima kenyataan, result SPM saya xseperti yang saya jangka kan..Tapi saya mula belajar menerima kenyataan apabila saya berjaya memasuki IPTA, kawan sekelas yang keputusannya lagi baik dari saya xdapat masuk.. tapi ye la macam saya bagi tau awak, ada hikmah di sebalik kejadian kan? die dapat tawaran lain. sekarang ni dia jadi cikgu. ada kat sawak sanun.. :P

Bila kita belajar dari pengalaman kan awak, banyak benda yang kita dapat. tapikan kan awak, untuk menerima kenyataan pada permulaan sangat sukar, cume apa yang saya boleh bagi taw kat awak... cuba kawal sikit demi sedikit.. ye awak..

awak ingat lagi x masa saya memule cuba get close ngan awak? selalu kan saya kacau awak tiap kali lepas awak masuk rehat... Awak ingat lagi x macam mana saya dapat no phone awak? awak ni kedekut yek,.. bagi no phone x cukup 2 angka!!.. camne saya nak kall awak!! tapi xpe, kawan awak tu banyak tolong saya, die la yang tolong lengkapkan no awak... :D time kasih kawan awak..

awak ingat lagi x dulu? kita slalu men msg? penah dulu saya nak tackle awak, tapi awak diam.. saya da panik,... terus saya tukar ayat untuk amik awak jadi adik angkat... xlama lepas tu saya pergi beraya umah awak.. takut gak awak.. time tu saya datang sensorang,.. :D hehe benda yang saya xdapat lupekan!! mak awak taw sume cite kite yek!!.. pandai awak ni ekss.. nama pon best jugak awak bagi dekat saya.. budak technition hehe xpe saya xkesah awak... selepas berjumpa dengan mak awak la kite makin rapat sket2 kan? saya ajak awak g KFC, mak awak bagi.. saya ingatkan awak ni selalu kua g memane sowang2.. rupe2 nye.. itulah kali pertama awak kua sensorang naik motor, tapi nasib baik la time balik saya eskot awak sampai dekat dengan simpang umah awak.. eRm mak awak taw ekss...

Awak ingat lagi x? masa kali pertama awak menerima lamaran saya? tentu awak ingtkan? selepas awak terima lamaran saya, saya demam seminggu, awak boleh jea gelakkan saya time tu.. tapi xpe la, janji awak sudi menerima saya walaupun macam2 cerita awak dengar pasal saya kan? lumrah alam awak.. bile kite senang or gembira mesti ada insan yang mencumburui kita wak...

terima kasih awak.. terima kasih sebab sudi menerima saya, sebab sudi menjadi teman dalam diri saya, sebab sudi menjadi pendengar yang setia, sebab sudi menjadi insan istimewa untuk diri saya, terima kasih sebab jujur dengan saya, dan terima kasih sangat² sebab sudi mencintai saya sepnuh hati awak,..

awak... saya sayangkan awak.. terima kasih awak...

Teardrops - Ah! My Goddess - Piano

Godek² external Hd tadi jumpe gambar² nie semuanya da jadi memory.. hehe ni gambar rombongan kelas aku ke stesen setelite bumi kuantan. Memang best, yang best tu nak taw kenapa? sebab aku boleh balik kg, hahaha memang da lama xbalik kg time tu. tiap kali cuti mesti aku lepak umah sewa sensorang jek..

Pensyarah kelas aku yang mengiringi lawatan ini adalah Pn Norazilah (pn, andai kata puan jumpe blog saya ni, jgn marah ek kalo tersilap eja nama puan) :). Time rombongan ni aku memang sengkek gile, pegi rombongan ni aku just ada xsampai 5 hengget pon. tapi seb bek la ada budak kelas aku yang nama nye Chua(karim) budak cine muke cam melayu,semua org pgl die karim. Budak ni la yang support aku makan pagi masa sampai kat kuantan..



HaH Ni la karim a.k.a chua. mamat ni memang sengal camni,.. selalu sangat sengal xtaw pe masalah die.. happy go lucky alwez la pendek citenye...


Malam itu indah bagi kita semua, kerana pada malam hari la kita merehatkan tubuh badan dan segala²nya selepas penat seharian bekerja. Tetapi kesunyian di malam hari kadang² tidak di gemari oleh sesetengah orang. Kerana di kala itu kita akan terfikir dan terkenang memori atau kenangan lama dengan seseorang atau tentang seseorang..









Sudah menjadi lumrah alam, kehidupan lepas akan sentiasa mekar di dalam ingatan jika ianya suatu kenangan yang indah...





eRm.. Ini lah motor kesayangan ku.. da hampir 2 tahun aku memilikinya.. Gambar ni di ambil semasa kali pertama aku balik kg dengan motor. Masa ni baru 3 minggu keluar kedai.. da test top speednye.. memang aku puas hati. walaupun badan aku ni haha boleh arr tahan besar, tapi kelajuan yang die bagi memang wat aku rase berbaloi dengannya.. tetapi setelah berlakunya tragedi yang x di ingini, semuanya telah berubah..


Motor ni memang aku jaga cukup punya baik, cam bini sendiri la plak jadinye.. hehe kali pertama aku tdo atas jalan bersama² motor aku ni bile time balik ke Temerloh, selama ni aku xde pepe masalah untuk perjalanan yang jauh dengannya. Time tu hujan boleh tahan la jugak lebatnye.. Kalo xsilap aku time tu aku dok area Tanjung Malim, aku time tu ngah usha tempat nak berteduh ye la hujan da lebat sangat.. tiap tmpt nak berteduh aku tgk ada org da booking so aku pon meneruskan perjalanan. Badan da gegel len macam, ntah macam mana time tu ada sebuah lori air batu depan aku, aku ni memang xsuke follow belakang lori. aku try nak potong lori tu, tapi xlepas sebab ada kereta kat depan, aku masuk balik dalam lorong asal aku, tapi time tu aku xperasan ada jambatan,.. terovershoot masuk la plak, tgk2 jambatan kat depan,.. apa lagi aku cube la ngelak dari terjun dalam sungai.. nasib xmenyebelahi aku.. huhu gedebuk aku jatuh tgh jalan, belakang aku pulak Hilux mengekori,.. aku rase tayar kete die da lock trus.. aku terbaring atas jalan. aku nampak cermin motor aku pecah, motor aku berapi2 bergesel atas jalan.. elok jea berhenti aku tros bangun amik motor dan tolak ke tepi. sedih tol time tu.. nak xnak terpaksa jugak aku teruskan perjalanan, seb baik la time tu aku xpatah ke ape ke..

Dan bermula dari situ la motor ku selalu meragam,.. sekarang tgh perlahan² nak mengimprovekan apa yang patut.. :D